Tuesday, September 1, 2009

Beza RON95 dengan RON97;maklumat ringkas


Antara info pasal minyak ni....

Kerajaan Memperkenalkan Minyak RON95 Gantikan Ron92, Harga RON97 dinaikkan...

Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pengenalan gred minyak baru di pasaran iaitu RON95 bagi mengantikan penjualan RON92. Menurut beliau, minyak bergred tersebut akan mula dijual hari ini dan akan diperkenalkan di seluruh negara secara berperingkat.

Minyak RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter. Untuk makluman, harga RON92 yang dijual sekarang ialah RM1.70 seliter.

Dalam masa yang sama, kerajaan akan menaikkan harga bagi minyak RON97 dari RM1.80 seliter sekarang kepada RM 2.00 seliter berkuatkuasa 1 September nanti.

Kenapa menaikkan harga Minyak RON97 ?

Menurut sumber, minyak RON97 merupakan minyak bergred premium dan kebanyakkan kereta hari ini tidak memerlukan minyak gred setinggi itu. Difahamkan Enjin Campro keluaran Proton boleh menggunakan minyak gred RON95 tanpa sebarang masalah. Oleh itu, penjimatan dari menaikkan harga minyak RON97 boleh digunakan untuk menampung subsidi minyak RON95 yang lebih standard untuk kebanyakkan kenderaan sekarang.

Apakah yang membezakan antara RON92, RON95 dan RON97 ?

ROAD OCTANE NUMBER atau singkatannya ialah RON ialah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak di dalam silinder meletup berbanding proses pembakaran yang sepatutnya.

Secara ringkas, lebih tinggi gred sesuatu minyak, lebih tinggi rintangannya kepada ketukan enjin.

Adakah penggunaan minyak RON yang lebih rendah menyebabkan prestasi enjin merosot ?

Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatut tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda. Difahamkan Enjin Campro boleh menggunakan RON95 tanpa sebarang masalah ketukan enjin.

No comments:

Post a Comment